Mind Your Liver adalah projek komuniti oleh Rainbow Across Borders untuk meningkatkan kesedaran dan dengan itu vaksinasi, saringan, dan hubungan dengan rawatan untuk menghentikan penyebaran Hepatitis B dan Hepatitis C, serta memperbaiki kehidupan orang-orang yang menghidapi penyakit hati.

Walaupun laman web ini merangkumi penyakit hati secara umum, fokus utamanya buat masa sekarang adalah pada Hepatitis B dan Hepatitis C kerana sifat kronik dan potensinya untuk menyebabkan kegagalan hati dan barah hati.

Rainbow Across Borders adalah persekutuan kumpulan sokongan pesakit serantau pertama di Asia, yang menggalakkan rangkaian dan kerjasama serantau di kalangan organisasi sokongan pesakit.

Kami berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup, dan memberikan martabat kepada pesakit dan keluarga yang mengharungi cabaran yang dibawa oleh penyakit kronik.

MISI KAMI

 

 

 

Kami berusaha untuk meningkatkan vaksinasi, saringan, dan hubungan dengan rawatan untuk menghentikan penyebaran Hepatitis B dan Hepatitis C, serta memperbaiki kehidupan orang-orang yang menghidapi penyakit hati.

 

Untuk mencapai ini, kami akan:

 

MEMAKLUMKAN KEPADA ANDA

  semua yang anda perlu tahu tentang hepatitis dan penyakit hati yang lain, serta rawatan yang terkini.

KAMI PERCAYA

eeebahawa dengan pengetahuan, anda boleh mengambil tindakan untuk melindungi diri dan keluarga anda; dan walaupun hepatitis dan penyakit hati yang lain mungkin menakutkan pada mulanya, namun, semakin banyak maklumat dan sokongan yang anda miliki, semakin mudah untuk mengharungi cabaran ini.

SOKONGAN UNTUK ANDA

  dengan nasihat, kisah pesakit, dan hubungan dengan rawatan untuk membantu anda menguruskan risiko dan kebimbangan anda.

KAMI PERCAYA

tMelalui sokongan daripada perkhidmatan penjagaan kesihatan, keluarga, orang tersayang, dan rakan-rakan, anda akan lebih tabah untuk menjalani terapi serta mengharungi cabaran hepatitis dan penyakit hati yang lain.

KAMI INGIN MENGAJAK ANDA

untuk menyertai kami. Sertai program dan acara kami, jadi penyokong kami atau kongsi kisah anda.

KAMI PERCAYA

bahawa dengan berkongsi pengalaman anda dengan orang lain yang mengalami cabaran yang sama, anda boleh membantu mereka mengharungi cabaran ini serta mengurangkan rasa kesunyian yang mungkin anda alami.

Shares