Kisah-kisah Harapan. Iman. Kekuatan.


Apabila kita bertemu dengan orang lain yang melalui pengalaman yang serupa, ia merupakan satu lagi langkah yang boleh membantu kita dalam perjalanan kita sendiri. Ada perkara yang mungkin kita boleh belajar daripada mereka. Ia juga boleh memulihkan rasa pengasingan yang sering dirasakan oleh pesakit selepas menerima diagnosis.

Cerita yang dikongsi juga dapat membantu rakan dan keluarga untuk memahami, berempati dan
menghadapi cabaran yang mereka hadapi.

 

Kisah peribadi, apabila dikongsi, mampu untuk mengeratkan perhubungan di kalangan komuniti, memperkasakan seseorang, and membawa pemulihan kepada orang lain, dan diri sendiri

 

Dikehendaki. Kisah Anda.

Kisah anda penting. Kisah anda mampu menyelamatkan nyawa.

 

Walaupun anda rasa bahawa kisah kesihatan anda sesuatu yang harus dirahsiakan, apabila anda bercerita tentang kisah anda, anda mampu mengeratkan hubungan dengan pesakit yang mempunyai pengalaman yang sama ataupun berbeza dengan anda.

Kisah anda dapat menggalakkan mereka yang tidak menyedari keadaan sebenar kesihatan mereka atau ragu-ragu untuk menjalani ujian darah dan Ini dapat menyelamatkan nyawa mereka.

Kisah anda juga dapat membantu orang lain menghadapi cabaran fizikal, emosi, dan sosial serta membantu keluarga, rakan-rakan dan juga para doktor yang mengubati pesakit hepatitis untuk memahami keperluan mereka dengan lebih baik.

Pada masa yang sama, berkongsi tentang kisah anda juga dapat membantu penyembuhan anda, selain daripada mengambil ubat sahaja. Sebenarnya, ini boleh menjadi sebahagian strategi anda untuk pemulihan.

Kisah Anda Memang Penting.

Bagaimana Untuk Berkongsi Kisah Anda

Anda tidak perlu menjadi penulis profesional untuk berkongsi kisah anda. Sekiranya anda ingin berkongsi kisah harapan dan penyembuhan anda, anda boleh menggunakan rujukan di bawah untuk membantu anda:

  • Berapa banyak kisah anda yang ingin anda kongsikan? 
  • Berapa selesa keluarga anda sekiranya anda berkongsi kisah anda (atau kisah mereka)?
  • Apakah mesej utama anda? Matlamat anda adalah untuk mendidik sambil membangkitkan harapan bagi orang yang sedang mengalami cabaran ini.
  • Apa yang telah menolong anda untuk sembuh serta mengatasi cabaran anda?
  • Adakah anda mempunyai nasihat untuk orang lain tentang cara untuk bercakap dengan ahli keluarga atau rakan-rakan yang sedang mengharungi cabaran ini?
  • Pada pendapat anda, apakah cara terbaik agar sentiasa tabah mejalani terapi?
  • Bagaimana anda mengatasi ketakutan dan kebimbangan anda?

Sila hantarkan kisah anda ke contact@mindyourliver.org Kami dari Rainbow Across Borders akan menghubungi anda, dan mungkin mengatur masa untuk berjumpa dengan anda. Sekiranya perlu,kami akan membantu anda mengedit dan menyempurnakan karya anda sebelum dikongsi.

Shares