Ketahui Hati Anda

Hati Anda Sangat Penting, Anda Tidak Boleh Hidup Tanpanya.

Hati anda adalah organ dalaman terbesar di dalam badan anda dan mempunyai lebih daripada 500 fungsi penting. Semua darah yang meninggalkan perut dan usus akan melalui hati anda, di mana nutrient akan diproses dan bahan bahaya disaring keluar.

Apa Yang Mungkin Menjadi Masalah

 Organ yang kompleks seperti hati boleh mengalami pelbagai masalah. Sekiranya hati berpenyakit atau tidak berfungsi dengan baik, akibatnya boleh membahayakan dan boleh membawa maut.

Contoh penyakit hati termasuk:

 

HEPATITIS 

Hepatitis bermaksud “keradangan” hati. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh jangkitan (bakteria atau virus), ubat-ubatan, alkohol atau gangguan metabolik (misalnya hati berlemak). Pada masa ini, terdapat 5 virus yang telah dikenal pasti (Hep A, B, C, D dan E) boleh membawa masalah kepada hati anda.

FIBROSIS 

Sekiranya hepatis berlanjutan untuk lama, ini mengakibatkan tisu parut disimpan di dalam hati anda. Selepas jangka masa yang lama, pengumpulan tisu parut boleh mengakibatkan sirosis.

 

 

SIROSIS  

Keadaan ini adalah peringkat akhir parut hati (fibrosis) kerana tisu parut menggantikan fungsi sel hati yang normal dan boleh menyebabkan kegagalan hati. Sekiranya ini terjadi, sirosis secara umumnya tidak dapat dipulihkan. 

 

 

 

PENYAKIT HATI BERLEMAK

Penyakit hati berlemak juga dikenali sebagai penyakit hati berlemak tanpa alkohol (NAFLD). Lemak berlebihan di sel-sel hati biasanya disebabkan oleh diabetes atau sindrom metabolik. Lemak yang berlebihan ini boleh menyebabkan keradangan kronik dan membawa kepada sirosis. 

KANSER HATI

Orang yang menghidapi jangkitan Hep B atau Hep C yang kronik mempunyai 20-100 kali lebih risiko untuk mendapat kanser hati. Statistik untuk mengatasi kanser hati adalah sangat rendah. Sekiranya pesakit didiagnosis awal, kelangsungan hidup relatif mereka pada 5 tahun adalah 31%. Sekiranya pesakit didiagnosis setelah barah merebak keluar dari hati, kurang dari 10% bertahan sehingga 5 tahun. 

Jagalah badan anda.

Itu satu-satunya tempat untuk anda tinggal.

Penjagaan Hati Anda.  

Anda boleh mengurangkan tekanan pada hati anda dengan mengawal tiga musuh utamanya: alkohol, rokok dan berat badan lebih. Kesemua perkara ini boleh mempengaruhi bagaimana penyakit ini merebak di dalam badan anda

Adalah sangat penting untuk anda memastikan bahawa hati anda berfungsi dengan daik dan mengurangi risiko penyakit hati, walaupun setelah anda sembuh dari Hepatits B atau Hepatitis C and tidak mengalami apa-apa gejala.

Shares