HEPATITIS B
Hepatitis B adalah radang hati yang disebabkan oleh virus Hepatitis B.
Di seluruh dunia, sebanyak 884, 000 orang mati setiap tahun akibat Hepatitis B dan penyakit yang berkaitan. Namun, dengan pengesanan awal dan rawatan perubatan yang sesuai, orang yang hidup dengan Hepatitis B masih boleh menikmati kehidupan yang panjang dan sihat.
The Hep B Panel of Tests
Hanya satu sampel darah yang diperlukan untuk ujian darah Hepatitis B, tetapi “Panel Hepatits B” penuh yang merangkumi tiga bahagian diperlukan untuk mengenal pasti sama ada orang tersebut dijangkiti atau tidak.



Begitu Banyak Sebab Untuk Mendapatkan Vaksin
Adakah anda seorang yang berisiko untuk mendapat Hepatitis B? Atau ada kenal sesorang yang berisiko untuk mendapat Hepatitis B?
Anda mungkin lebih berisiko daripada yang anda jangkakan. Dan kerana Hepatitis B dapat dicegah melalui vaksin, adalah lebih baik untuk menjalani ujian dan vaksin.

Semua orang berisiko untuk mendapat Hep B.

Vaksin Hep B adalah selamat.

Vaksin Hep B adalah berkesan.

Vaksin adalah perlindungan seumur hidup daripada Hep B.

Ia melindungi daripada Hep D, bentuk hepatitis virus yang paling teruk.

Ini adalah vaksin anti-barah pertama, kerana Hep B adalah penyebab utama barah hati.
Untuk memastikan sama ada anda dilindungi daripada Hep B, dapatkan ujian darah yang sederhana untuk memeriksa jumlah antibodi di dalam badan anda. Ini akan mengesahkan sama ada vaksinasi berjaya

Rawatan Hep B
Hep B Akut
Seseorang mungkin memerlukan rawatan di hospital untuk mengawal gejala-gejala. .
Walaupun kejadian ini jarang, dia boleh mengalami kegagalan hati secara tiba-tiba dan ini memerlukan rawatan perubatan dengan segera.
Hep B Kronik
Kini terdapat rawatan yang berkesan untuk mengawal jangkitan Hepatitis B. Doktor anda mungkin mengesyorkan suntikan Interferon atau tablet oral untuk diambil. Kedua-dua kaedah ini mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing, dan perkara ini harus dibincangkan dengan doktor anda.
Komitmen Sepanjang Hayat
Bagi kebanyakan orang, rawatan tersebut tidak menyembuhkan jangkitan Hep B, tetapi hanya menghentikan replikasi virus. Oleh itu, kebanyakan orang yang memerlukan rawatan Hep B mesti meneruskannya seumur hidup.
Oleh kerana Hep B tidak mempunyai sebarang gejala sehingga hati anda sudah rosak teruk, anda memerlukan ujian darah sepanjang hayat, setiap enam hingga 12 bulan, untuk membuat pemeriksaan:

Sekiranya hati anda mempunyai keradangan aktif

Sekiranya anda memerlukan rawatan untuk Hep B
