Anda Tidak Keseorangan

Dengan mencari and menerima sokongan daripada doktor, keluarga, orang tersayang, dan rakan-rakan, anda akan mendapat kekuatan untuk terus menjalani terapi dan mengharungi cabaran yang dihadapi dengan diagnosis Hep B atau Hep C.

Tolong! Siapa Yang Memerlukan Sokongan?

Sokongan daripada rakan sebaya sangat diperlukan oleh orang yang telah didiagnosis dengan hepatitis, ataupun orang yang sedang mempertimbangkan untuk menjalani pemeriksaan. Mendapat pengetahuan lebih tentang penyakit ini dan bagaimana orang lain menghadapi cabaran ini boleh mengurangkan rasa tekanan yang dirasai.

Orang yang mengesyaki bahawa mereka mempunyai hepatitis tetapi berasa takut untuk menjalani ujian ini.

Orang yang baru menerima berita bahawa mereka mempunyai hepatitis.

Orang yang dipantau, tetapi tidak dirawat untuk hepatitis (sebilangan orang mempunyai gejala dan ada yang tidak mempunyai gejala)

Orang yang sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan rawatan ataupun sedang menjalani rawatan untuk hepatits.

Ahli keluarga dan rakan-rakan orang yang menghidapi hepatitis.

“Walaupun selepas menerima diagnosis, terdapat banyak pesakit yang tidak mendapatkan rawatan dan tidak menjalani pemeriksaan tahunan kerana mereka tidak mengalami gejala yang ketara.

Apabila mereka melalukannya, kerosakan hati sudah berada di tahap yang serius dan ianya sudah terlambat.”

Dapatkan Bantuan. Kekal Menjalani Terapi. Kekal Sihat.

Bagi kebanyakan orang, rawatan Hepatitis B bukanlah penawarnya. Ia hanya boleh menhentikan penularan virus. Oleh itu, mereka mesti meneruskan rawatan untuk seumur hidup. Walaupun ia dapat disembuhkan, rawatan Hepatits C memakan masa, biasanya daripada 8 – 12 minggu.  

Berkomunikasi dengan pesakit lain dalam perjalanan mereka dapat membantu anda menangani masalah anda, mendorong anda supaya tidak berputus asa serta memberikan anda kekuatan emosi.  

Kami telah mengumpulkan beberapa petua dan nasihat mengenai cara mengatasi cabaran ini di sini untuk membantu anda dalam perjalanan anda. Sentiasa ingat, anda tidak keseorangan.

Sembuh dari Hep C bermaksud virus tidak lagi ada di dalam badan anda dan tidak boleh menyebabkan kerosakan pada hati anda.

Namun, it tidak membuat anda kebal terhadap virus. Anda boleh dijangkiti semula sekiranya terdedah kepada virus. Oleh itu, anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga supaya anda sentiasa bebas dari Hep C.

Bagi kebanyakan orang, parut hati yang disebabkan oleh Hep B dan Hep C akan bertambah baik selepas rawatan, dari masa ke masa. Walaubagaimanapun, bagi orang yang menghidapi sirosis (parut teruk), tetap ada risiko kecil untuk kerosakan hati yang semakin teruk dan juga barah hati.

Inilah sebabnya mengapa anda perlu menjaga hati anda.

Hidup dengan Hepatitis

Hidup dengan hepatitis bukan senang. Selain daripada mengalami cabaran fizikal, terdapat masalah lain yang harus ditangani seperti kebimbingan samada anda akan dipulaukan oleh orang serta kerisauan tentang risiko menjangkit orang lain.

Untuk rakan-rakan dan ahli keluarga, bukan senang untuk mereka melihat apabila orang yang disayangi megalami keadaan ini. Mereka mungkin tidak tahu cara untuk membantu anda. Mereka juga memerlukan maklumat dan sokongan emosi, seperti orang yang menghidapi hepatitis.

Berikut adalah beberapa petua untuk membantu anda.

Klik gambar untuk tengok PDF.

Kongsi