KETAHUI TENTANG HEPATITS.
DALAMKAN PENGETAHUAN UNTUK MELINDUNGI DIRI DAN ORANG TERSAYANG.

Pengetahuan yang cukup memang penting untuk membolehkan anda untuk menjaga diri sendiri dan orang tersayang. Dengan pengetahuan yang cukup, semakin senang bagi anda mengambil tindakan untuk melindungi diri dan keluarga anda.

ABC Hepatitis Viral

Hepatitis bermaksud “keradangan” hati. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh jangkitan (bakteria atau virus), ubat-ubatan, alkohol atau gangguan metabolik (misalnya hati berlemak).

Pada masa ini, terdapat 5 virus yang telah dikenal pasti (Hep A, B, C, D dan E) yang boleh menyerang hati anda dan menyebabkan “hepatitis virus” atau keradangan hati yang berpunca dari virus. Semua virus hepatitis menyebabkan jangkitan baru atau “akut”. Tetapi hanya virus Hepatitis B dan Hepatitis C yang dapat menyebabkan jangkitan “kronik” yang meningkatkan risiko seseorang mengalami sirosis, kegagalan hati atau barah hati.

PENULARAN

Melalui makanan dan air yang tercemar. Oleh itu, ia dapat dicegah dengan sentiasa menjaga kebersihan diri dan mengamalkan sanitasi yang baik.

VAKSIN

Vaksin yang selamat adalah tersedia dan disyorkan.

RAWATAN

Tidak diperlukan rawatan ubat untuk jangkitan Hep A.

PENULARAN

Melalui darah yang dijangkiti, seks yang tidak dilindungi, jarum yang tidak steril atau tercemar, dan daripada seorang ibu yang dijangkiti virus ini kepada bayi ketika lahir. .

VAKSIN

Terdapat vaksin untuk bayi yang baru lahir, kanak-kanak dan orang dewasa.

RAWATAN

Walaupun Hep B boleh dirawat, tetapi tidak ada penawarnya.

PENULARAN

Melalui darah yang dijangkiti, seks tanpa perlindungan, dan jarum yang tercemar atau tidak steril.

VAKSIN

Tidak ada vaksin..

RAWATAN

Kini, terdapat ubat-ubatan yang berkesan untuk merawat Hep C dengan kesan sampingan yang minimum.

PENULARAN

Jangkitan Hep D boleh berlaku sekiranya seseorang sudah dijangkiti Hep B atau dijangkiti oleh kedua-dua virus pada masa yang sama.

Jangkitan Hep D dengan Hep B mengakibatkan kerosakan hati yang lebih serius dan cepat.

VAKSIN

Vaksin Hep B boleh mencegah Hep D.

PENULARAN

Melalui air yang tercemar, makanan (terutamanya daging babi dan kerang), dan produk darah.

VAKSIN

Tidak ada vaksin yang diluluskan di Singapura, walaupun China telah menghasilkan dan melesenkan vaksin.

RAWATAN

Rawatan biasanya tidak diperlukan. Terdapat rawatan yang tidak berlesen untuk keadaan di mana Hep E menjadi kronik, tetapi kejadian ini jarang berlaku.

Apa Yang Terjadi Selepas Saya Dijangkiti?

THepatitis B dan Hepatitis C virus boleh disebarkan melalui jumlah darah yang kecil dan boleh hidup di luar badan sehingga beberapa minggu. Kedua-dua virus ini juga boleh masuk ke dalam badan anda melalui luka kecil ataupun luka yang mungkin tidak disedari oleh anda.

Bagaimana Saya Tahu Sama Ada Saya Dijangkiti Virus Hep B atau Hep C?

 

Kebanyakan orang tidak tahu. Malah, kebanyakan orang juga tidak mengalami simptom.
Walaupun terdapat simptom, banyak orang hanya berfikir bahawa mereka menghidapi selesema dan boleh menyebarkan virus ini kepada orang lain tanpa disedari.

 

Ujian adalah satu-satunya cara untuk mengetahui dengan pasti jika anda dijangkiti.

 

Gejala Biasa

jangkitan Hep B dan Hep C

Demam, keletihan, sakit otot atau sendi
Hilang selera makan
Rasa loya dan muntah yang ringan
Sakit perut

Gejala Serius

yang memerlukan rawatan perubatan segera

Mata dan kulit berwarna kuning (dikenali sebagai "jaundis" atau "penyakit kuning")
Air kencing berwarna teh gelap
Perut kembung atau bengkak

Hep B boleh dirawat. Hep C boleh disembuhkan.

Sekiranya dapat dikesan lebih awal dan dirawat, jangkitan Hep B atau Hep C HUKUMAN MATI untuk anda

Kongsi