Hepatitis C

Hepatitis C adalah radang hati yang disebabkan oleh virus Hepatitis C. Penyelidikan terbaru menunjukkan bahawa virus Hepatitis C juga dapat mempengaruhi sistem pencernaan, sistem limfa, sistem kekebalan tubuh dan otak.

25% daripada kes barah hati disebabkan oleh virus Hepatitis C

Banyak orang daripada golongan ‘Baby Boomers’ dijangkiti pada tahun 70an dan 80an ketika piawaian kawalan jangkitan tidak berlaku.

Virus Hep C hanya dijumpai pada tahun 1989. Darah yang disumbangkan tidak disaring untuk Hep C sehingga tahun 1992.

Hep C dapat disembuhkan.

DAPAT TAHU SECARA PASTI

Sekiranya untuk apa-apa sebab, anda fikir bahawa anda mungkin dijangkiti oleh virus Hep C, anda harus menjalani ujian darah dengan secepat mungkin.

Rawatan Hep C sangat berkesan pada kadar lebih dari 95%.
Hep C dapat disembuhkan dalam masa 8 hingga 12 minggu.
Rawatan dapat mengurangkan risiko barah anda sebanyak 75%.
Semakin cepat anda didiagnosis dan dirawat, semakin cerah peluang anda untuk sembuh.
Orang yang menunggu lama untuk didiagnosis mungkin sudah mempunyai penyakit hati peringkat akhir, pada ketika mereka didiagnosis.

Ujian-ujian Hep C

Apa Selepas Ini?

Sekiranya anda diuji positif untuk Hepatitis C, anda perlu menjalani ujian yang lain.

Anda juga harus memeriksa hati anda setiap enam bulan. Bagi orang yang menghidapi siroris, tetap wujud risiko untuk kanser hati, walaupun selepas virus Hep C sembuh.

Bebas Dari Hep C

Tidak ada vaksin untuk Hepatitis C. Namun, anda masih dapat melindungi diri anda daripada virus Hepatitis C dengan pilihan gaya hidup yang sihat.

Sekiranya anda seorang pekerja kesihatan atau keselamatan awam, ikuti langkah berjaga-jaga universal untuk darah/cecair badan serta sentiasa mengendalikan jarum dan objek tajam yang lain dengan selamat.

Pertimbangkan dengan bijak risiko-risikonya sekiranya anda berfikir untuk mendapatkan tatu, menindik badan, atau mendapatkan rawatan akupunktur – adakah alat-alat yang digunakan telah disterilkan dengan betul?

Sekiranya anda melakukan hubungan seks dengan lebih daripada satu pasangan, pastikan anda sentiasa menggunakan kondom lateks dengan betul untuk mencegah penyebaran Hep C.

Jangan berkongsi barang penjagaan diri yang mungkin mempunyai darah di atasnya. (contohnya: pisau cukur, berus gigi, pemotong kuku).

Rawatan Hep C

Rawatan ubat untuk membasmi virus Hepatitis C telah berkembang pesat dalam beberapa tahun ini, serta mempunyai kadar penyembuhan lebih daripada 95%. Dengan ini, keradangan hati boleh dikurangkan and fibrosis boleh disembuhkan.

Tempoh yang lebih pendek dalam kebanyakan kes.
Ia menggunakan pil, dan bukannya suntikan.
Sedikit, atau langsung tidak ada kesan sampingan.

JENIS PERUBATAN

bergantung kepada variasi Hep C yang anda miliki, serta keadaan lain yang ada seperti masalah buah pinggang.

PERUBATAN ANTIVIRAL

biasanya diresepkan.

KURSUS PERUBATAN

biasanya sekitar 12 minggu

Anda boleh disembuhkan dari Hep C, tetapi ia tidak akan melindungi anda daripada dijangkiti lagi.  

Kongsi