Adakah Saya Berisiko?

1 daripada 30 orang dewasa di Singapura merupakan pembawa Hep B.

10,000 rakyat Singapura dijangkiti oleh Hepatitis C

50 peratus dari pembawa Hep B dan Hep C tidak sedar bahawa mereka menghidapi
penyakit ini.

Sesiapa Juga Boleh Dijangkiti Hep B dan Hep C.

Tiada diskriminasi dengan virus-virus ini kerana ia menjangkiti bayi, kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan warga tua. Walau bagaimanapun, virus-virus ini lebih biasa di Asia, Timur Tengah, dan Afrika.

Tetapi, walaupun anda tidak tinggal di tempat-tempat ini, ibu bapa atau ahli keluarga anda mungkin pernah berada di tempat ini. Malah, Hep B juga biasa ditularkan daripada seorang ibu yang dijangkiti virus ini kepada bayi ketika lahir.

Atau, mungkin anda sendiri pernah berada di tempat-tempat ini. Virus Hep B dan Hep C boleh masuk ke dalam badan anda melalui luka-luka kecil yang anda tidak perasan.

Di negara maju pula, kebanyakan jangkitan Hep C berlaku di kalangan golongan orang dewasa muda melalui penyungkitan dadah atau seks tanpa perlindungan.

Tindik badan, tatu, dan akupuntur adalah antara cara yang anda boleh dijangkiti jika jarum dan peralatan yang steril tidak digunakan.

Daripada seorang wanita yang dijangkiti virus ini kepada bayi ketika lahir.

Berkongsi pisau cukur, berus gigi, penggunting kuku, anting-anting dan barang kemas badan.

Hep B and Hep C tidak boleh disebarkan melalui tempat duduk tandas, tombol pintu, bersin, batuk, memeluk atau makan dengan orang yang dijangkiti.

 

Sebarang kebenaran adalah lebih baik daripada
keraguan tanpa batas.

Adakah anda berisiko untuk mendapat hepatitis?

Kongsi senarai semak ini dengan mereka.

Senarai semak ini tidak boleh menggantikan ujian yang dilakukan oleh doctor. Jika anda mempunyai sebarang persoalan ataupun berasa khuatir tentang kesihatan dan potensi risiko anda, sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan ujian hepatitis hari ini.

Shares