SAYANGI HIDUP ANDA
FIKIRKAN HATI ANDA

1 dalam 35 orang dewasa di Singapura adalah pembawa Hepatitis B.

Hep B dan Hep C boleh mengakibatkan keradangan dan kegagalan hati serta kematian.

10,000 rakyat Singapura dijangkiti oleh Hepatitis C

Kami membayangkan masa depan di mana tiada orang yang hidup sengsara dengan Hep B, Hep C, serta penyakit hati kronik yang lain di Singapura.

Skrin. Cegah. Rawat.

3 CARA untuk menghentikan penyebaran Hep B dan Hep C serta
memperbaiki kehidupan orang yang terjejas akibat penyakit hati.

AMBIL UJIAN untuk Tahu Secara Pasti

 

Kebanyakan orang tidak sedar bahawa mereka telah dijangkiti dengan virus Hep B atau Hep C. Malah, kebanyakan orang tidak mengalami gejala apabila mereka baru dijangkiti sehingga selepas beberapa tahun.

PENCEGAHAN adalah Lebih Baik daripada Penyembuhan

 

Hep B boleh dicegah dengan vaksin. Walaupun masih tidak ada vaksin untuk Hep C, tetapi Hep C masih boleh dicegah dengan memilih gaya hidup yang sederhana dan amalan berjaga-jaga.

DAPATKAN RAWATAN Awal untuk Hasil yang Lebih Baik

 

Rawatan untuk Hep B dan Hep C sangat berkesan. Tetapi, semakin cepat anda mendapatkan diagnosis dan rawatan, lebih cerah peluang anda untuk sembuh, serta hidup lama dan sihat.

Adakah anda berisiko untuk mendapat hepatitis? Atau adakah anda tahu sesiapa yang berisiko untuk mendapat hepatitis?

Sehingga 50 peratus dari pembawa Hep B dan Hep C tidak sedar bahawa mereka menghidapi penyakit ini. Risiko anda mungkin lebih tinggi
daripada apa yang anda jangkakan.

Kisah Anda Penting

Apabila kisah-kisah dikongsi, kita mendapat keberanian untuk diuji, iman untuk kekal dengan terapi serta kekuatan untuk menangani cabaran-cabaran yang dating. 

Ini Oliver

….watak yang dicipta khas untuk Mind Your Liver. Walaupun dia hanya rekaan, tetapi fikiran, emosi, dan pengalamannya adalah berdasarkan kisah sebenar.

OLiver, berusia awal 40-an, adalah seorang lelaki biasa. Dia telah bekerja keras selama 20 tahun dan berkahwin lambat dengan isterinya, Mindya. Sekarang, dia dan Mindy mempunyai seorang anak lelaki dan dia memang gembira dengan kehidupan bersama keluarganya. Namun baru-baru ini, dia tidak berasa sihat……

Mari kita ketahui apa yang berlaku seterusnya.

Apa yang perlu dilakukan oleh OLiver?

ATAU

28 JULY 2019

HARI HEPATITIS SEDUNIA

Kongsi